IRMAN & SHAREENA: WEDDING RECEPTION

Posted on May 17, 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah dan bersyukur saya masih diberi peluang olehNYA untuk membuka mata pagi ini dan mampu menulis lagi. ‘Honeymoon time’ dah nak habis, minggu depan mulalah jadual kerja saya ketat sehingga awal ramadhan nanti, alhamdullilah kepada Allah s.w.t kerana memberi rezeki kepada hambamu yang kerdil.

Update kali ini adalah sambungan kepada majlis pernikahan Irman & Shareena yang berlangsung di Jerantut, Pahang. Syukur kepada ilahi sebab majlis mereka berjalan lancar cuaca pun tak panas memudahkan tetamu yang datang majlis diorang dan bagusuntuk saya buat ‘outdoor shooting’ dengan lighting yang soft saje.

Okay saya doakan semoga Irman & Shareena bahagia ‘forever’, jangan gaduh-gaduh dan love each other and feel fresh.

Jangan lupa tengok slideshow majlis persandingan diorang kat sini atau slideshow majlis pernikahan diorang kat sini.

For package enquiries, please contact at details below:
Rudy Azwan Sairan
E: rudy@sweetpictures.com.my
T: 012 249 3176
FB: facebook.com/sweetpictures


Filed Under Blog | Comments Off

IRMAN & SHAREENA. BY RUDY AZWAN

Posted on May 14, 2012

Baru-baru ni saya berpeluang ke Jerantut untuk cover majlis persandingan Irman & Shareena. Walaupun kerap kali sampai ke Temerloh tapi tak pernah pulak sampai terlajak ke Jerantut kira pertama kali sampai ke sana. Jarak dari Exit highway Temerloh ke pekan Jerantut cum 45 minit sahaja, jadi tak lah jauh sangat kalau dari KL tu dalam 2jam setengah sahaja. Tapi masa pergi ke sana agak lambat sedikit sebab jem kat Karak, ada lori terbalik pulak, setengah jam tak bergerak dan nasib baik ada Ahmad Firdhaus dari TupaiTV ikut tag along saya tak lah boring sangat dalam perjalanan.

Okay, saya suka dengan family Shareena ni, sebab ramah dan friendly, jadi tak ada lah saya malu nak ambil gambar diorang ni semua, tengok kat slideshow tu, group photo mereka ni antara yang the best saya rasa sebab semuanya happy go lucky! Untuk update majlis persandingan Irman & Shareena, saya akan upload dalam minggu ni juga, insyaAllah.

Jangan lupa slideshow majlis pernikahan Irman & Shareena kat sini.

 
For package enquiries, please contact at details below:
Rudy Azwan Sairan
E: rudy@sweetpictures.com.my
T: 012 249 3176
FB: facebook.com/sweetpictures


Filed Under Blog | Comments Off

PHOTO OUTING WITH ABANG ALI & FAMILY!

Posted on May 13, 2012

Filed Under Blog | Comments Off

TEAM KAMI

Posted on May 12, 2012

Ramai yang masih tak kenal team kami lagi. Entry kali ni kami nak show off siapa kami dan apa tugas kami di Sweetpictures. So far Team Sweetpictures ada 7 orang (gambar kat bawah ni gambar lama), ada 2 orang lagi yang baru je join team kami.

Dari kiri tu principal atau founder Sweetpictures Rudy. Sudah berkecimpung dalam industri fotografi perkahwinan selama 7 tahun dan banyak pengalaman beliau dalam industri perkahwinan ni. 2 dari kiri, Akmal, sudah 2 tahun dalam industri ini dan mempunyai skil lnya tersendiri yang mampu buat orang gelak besar walaupun cuma tengok muka beliau dah boleh gelak. No 3, Luqman. a.k.a Ujang a.k.a Usu dan banyak lagi a.k.a. Sudah 3 tahun lebih dalam industri ini mempunyai kemahiran merakam gambar outdoor portraiture selain merakam gambar wedding. No.4 Jieji juga sudah 2 tahun dalam industri ni dan lebih kepada social media marketing pandai menyembang dan suka pakai topi Elmo. Last sekali, Ridzuan Al Yahya (nama gempak). Juga sudah 2 tahun berkecimpung dalam dunia fotografi dan macho.

Jika jumpa kami ni kat mana-mana tegur lah kami, kami semua peramah dan berbudi pekerti.

For package enquiries, please contact at details below:
Rudy Azwan Sairan
E: rudy@sweetpictures.com.my
T: 012 249 3176
FB: facebook.com/sweetpictures


Filed Under Blog | Comments Off

TEMPAH SEKARANG. BERMULA DARI RM1700

Posted on May 8, 2012

Tempah pakej Sweetpictures sekarang. Harga bermula dengan RM1700 untuk satu event (nikah atau sanding). Boleh contact kami di ask@sweetpictures.com.my

For package enquiries, please contact at details below:

E: ask@sweetpictures.com.my
T: 012 249 3176
FB: facebook.com/sweetpictures


Filed Under Blog | Comments Off

TEASER…

Posted on May 6, 2012

Filed Under Blog | Comments Off

VIDEO PERTAMA KAMI!

Posted on May 4, 2012

Sweetpictures Projek Video

Alhamdulillah, setelah berhempas-pulas dalam projek pertama kami dalam videografi, akhirnya siap juga. Semasa proses post-production, saya terasa sudah cukup ‘give up’ untuk teruskan projek video ni, tapi dengan semangat team Sweetpictures yang lain kita teruskan jugak projek ni kerana proses untuk projek video tidak semudah yang saya sangkakan dan kos yang tinggi juga cukup membebankan tapi jika saya berhenti bermakna team saya gagal, so kita langgar je teruskan jugak dan ini hasilnya!

Saya tahu masih banyak yang perlu diperbaiki dalam video ini setelah mendapat komen-komen daripada sahabat-sahabat yang ada. InsyaAllah team kami akan terus menjanjikan yang terbaik untuk kepuasan semua, insyaAllah.

Jika nak tengok HD format sila ke sini.

For package enquiries, please contact at details below:
Rudy Azwan Sairan
E: rudy@sweetpictures.com.my
T: 012 249 3176
FB: facebook.com/sweetpictures



Filed Under Blog | Comments Off

OUTDOOR PHOTOSHOOT RM500!

Posted on April 30, 2012

woot woot. Outdoor promo is back! For only RM500 you will get 2 hours  outdoor shooting from our awesome photographers! plus with a photobook album 8.5×11 inch 40 pages with 50 edited images! Bring your family, friends or anyone to join the opportunity!

Apa yang anda perlu tahu?

• Outdoor Portraiture hanya untuk lembah Klang sahaja.
• 1 photographer
• 2 jam untuk satu sesi
• Anda boleh pilih lokasi
• Album photobook 8.5 x 11 inci 40 muka surat, 50 foto terbaik yang sudah di edit.
• Semua foto akan dipulangkan dalam bentuk DVD.
• Promosi untuk tarikh 12, 13, 19 & 20 Mei 2012 sahaja.

For package enquiries, please contact at details below:
Rudy Azwan Sairan
E: rudy@sweetpictures.com.my
T: 012 249 3176
FB: facebook.com/sweetpictures

Filed Under Blog | Comments Off

Berwajah Baru

Posted on April 27, 2012

Alhamdulillah, setelah berhempas-pulas akhirnya siap juga blog Sweetpictures ni. Kalau sebelum ni anda lihat page Sweetpictures adalah ‘fully website’ yang mana agak susah untuk klik ke ‘blog page’ dan banyak yang terlepas pandang blog kami sebelum ni. jadi, untuk memudahkan anda melihat gambar terkini, ada baiknya kami tukar layout dan konsep website ni menjadi blog!.

Lepas ni bolehlah rajin-rajin ke blog Sweetpictures untuk melihat gambar-gambar terbaru.

Terima kasih!

Rudy.

Filed Under Blog | Comments Off

POST/PRE-WEDDING IS BACK!

Posted on April 26, 2012

Wait for the promotion soon!

For package enquiries, please contact at details below:
Rudy Azwan Sairan
E: rudy@sweetpictures.com.my
T: 012 249 3176
FB: facebook.com/sweetpictures


Filed Under Blog | Comments Off